Yang Pergi Kan Meniti Kembali
Yang Hilang Kan Terbang Pulang...
Selamat Datang ke Blog Novel :
SURAT BUAT BELLE
Semoga anda terhibur!
Selasa, 14 Disember 2010
Dicatat oleh FaizNazim di 12:27 PTG
D : Dia Masih Ada
“Nama aku Khairi. Khairi Hasbullah. Kau Fadzil kan? Fadzil Amirullah...”
Macam mana dia tahu nama penuh aku ni?
“Kau sedar tak yang kau tak pernah pun bercakap dengan sesiapa dekat sini sejak pertama kali kau masuk. Dekat dorm, dekat kelas. Tak siapa pun pernah dengar kau cakap apa-apa. Semua ingat kau bisu. Aku pun ingat perkara sama sampailah bila kau jadi 'imam tepuk' semalam.” Khairi teruskan berbicara.
Fadzil masih lagi mem'bisu'. Terlihat sedikit kekecewaan di wajah Khairi apabila perbualan itu hanya sehala. Terdetik sekelumit rasa bersalah jauh di benak hati.
Nak cakap apa...
Khairi yang seakan berasa kecil hati mula mengangkat punggung dari kerusi kayu di sebelah Fadzil.
“Er.. Mana kau tahu nama penuh aku?” Fadzil cepat-cepat memintas perjalanan Khairi.
Khairi toleh ke belakang. Akhirnya, akur jua insan yang seorang ini pada pancaindera yang dikurniakan Tuhan. Dia pandang Fadzil dan senyum. Kemudian, dia labuhkan punggungnya kembali di sebelah Fadzil.
“Kau tengah bercakap dengan 'Pusat Informasi' sekolah ini lah. Semua perkara yang berlaku dalam sekolah aku tahu. Tak ada satu pun yang dapat lari daripada genggaman aku.”
Fadzil angkat keningnya. Langsung tidak percaya. Hanya sekadar satu metafora pada hematnya.
“Kau tak percaya?” Khairi bertanya seolah-olah dia pula yang terkejut.
“Tak.” Selamba Fadzil menjawab.
“Baik. Baris sama dengan kita, meja kedua dari tingkap. Nama dia Nurul Athierah. Dia ada hati dekat Arif Aimran, satu-satunya pengawas dalam kelas kita yang sentiasa duduk di baris paling hadapan.”
Fadzil cuba lihat perempuan yang diperkatakan Khairi. Dia asyik bercakap dan tersipu-sipu malu bersama seorang lagi kawan perempuan di sebelahnya sambil mata yang tak lekang menatap satu-satunya lelaki yang memakai baju dan vest berwarna kelabu; Arif.
Fadzil mula menunjukkan riak kagum. Tapi, dia masih ragu-ragu.
“Buat pengetahuan kau, dalam kelas seramai 33 orang ini, hanya tiga orang yang single. Baki 30 lagi, semuanya ada pasangan masing-masing atau sudah pun dalam landasan yang betul untuk ke alam percintaan monyet-monyet sedunia.” Khairi bangga mengemukakan fakta yang belum tentu benarnya.
“Haha. Landasan alam percintaan monyet-monyet sedunia!” Fadzil tergelak sedikit.
Khairi pandang dan tersenyum. Itu kali pertama dia mendengar Fadzil tertawa. Normal juga rupanya.
“Ouh ya, siapa tiga bujang selamat tu?”
“ Si Selekeh; Zaidi dan Skema Tahap Bajet; Zuliana” Khairi tunjuk pada Fadzil. Seorangnya, lelaki berkaca mata dan kelihatan seperti ada hingus meleleh sehingga ke mulutnya. Dia pandang kiri dan kanan melihat sekeliling. Tanpa menyedari dua orang rakan sekelas sedang memerhatikannya, hingus itu dijilatnya sendiri! Kemudian, dia betulkan sedikit kaca matanya dan kembali membaca buku setebal Kamus Dewan yang ditatapnya sejak dari tadi.
Teruk betul! Pengotor tahap boleh masuk 'The Gross[est] Loser'.
Teruk betul! Pengotor tahap boleh masuk 'The Gross[est] Loser'.
Kemudian, Fadzil lihat pula Zuliana yang kebetulan memandang Fadzil. Dia lurutkan kaca mata hitam berbingkai besarnya kemudian ditenung Fadzil dalam-dalam. Selepas beberapa ketika, dengan cepat dan bangganya dia berpaling seolah-olah dirinya sedang diintai. Perasan!
Ya, sah Skema Tahap Bajet. Tapi...
“Siapa yang ketiga?” Fadzil tertanya-tanya.
Khairi tuding jarinya ke arah Fadzil.
Aku?!
“Kau tak ada kekasih, kan? Aku tahu semua perkara, tak payah nak cover.” Khairi bermegah dengan kebolehannya.
Err... Dia tahu fasal Belle?
“Macam mana kau tahu?” Fadzil bertanya dengan suara yang rendah.
“Alah, tengok perangai kau aku dah tahu. Siapalah yang nak rapat dengan kau kalau senyap sepanjang masa. Macam cakap dengan tunggul.”
Dia tak tahu. Biarkan.
“Heheh,” Fadzil tersengih. Tiba-tiba, mata Fadzil menangkap satu susuk tubuh yang melintasi kelas kuliahnya. Matanya terbeliak.
“Belle!” Fadzil terjerit. Tapi, tubuhnya seakan terpaku pada kerusi.
“Eh, kau salah sebut nama dia. Bukan Belle tetapi Bella. Kenapa? Kau minat dekat dia?” Khairi cuba menangkap perhatian Fadzil yang terpana seketika.
Fadzil masih lagi tidak percaya dengan apa yang telah berlaku. Gadis yang hampir sama nama dengan Belle, mempunyai wajah yang hampir seiras [sekurang-kurangnya] jika dipandang dari jarak 10 meter. Atau, mungkin dia sekadar berilusi.
“Apa-apalah. Tapi kau mesti ingat, bukan senang nak dapatkan orang macam Bella. Nak rapat pun susah sebab dia 'MATE'.” Khairi sekadar berbasa-basi tentang Bella.
“MATE?” Fadzil cuba mendapatkan penjelasan.
“Ya, MATE. Singkatan bagi Majlis Tertinggi Perwakilan Pelajar SEMASHUR. Ada enam orang kesemuanya. Tiga laki-laki, tiga perempuan. Buat pengetahuan kau, budak yang ajak kau serta makan lunch hari tu...”
Danial?
“... merupakan antara ahli MATE. Dia dan Bella sajalah yang tinggal tidak bercouple. Tapi, ramai yang dapat agak, tak lama lagi mereka akan bersama juga. Dan satu lagi perkara, ibu bapa ahli-ahli MATE semuanya berpengaruh. Pangkat Dato' dan Datin. Kebanyakan infrastruktur di sekolah adalah hasil sumbangan mereka hinggakan banyak kelebihan telah disediakan buat ahli MATE termasuk sebuah Bilik Khas semata-mata untuk dia orang. Hebat tak hebat?” Khairi memberikan 'taklimat' yang cukup panjang tentang MATE.
Fadzil dengar sayup-sayup. Belum tentu masuk telinga kanan, kerana hatinya masih terusik.
Belle masih ada?
“Er... macam mana nak kenal dengan Belle? Eh, Bella...” Fadzil masih lagi tidak dapat membiasakan lidahnya.
“Kau pasti? Danial cukup berpengaruh dan semua orang tahu dia sukakan Bella walaupun ditolak berkali-kali.” Khairi cuba mencari keinginan dalam diri Fadzil.
Danial ditolak? Ternyata cinta terletak pada hati bukan kebendaan...
“Macam mana nak rapat dengan Bella?” Fadzil hanya menegaskan soalannya.
“Baik. Hanya ada dua cara saja. Pertama, jumpa dia bila dia bersendirian dan demi Tuhan, jarang benar Bella bersendirian dan yang kedua...” Khairi menjawab tetapi tergantung pada cara yang kedua seakan memikirkan perkara yang tidak masuk akal.
“Yang kedua...” Fadzil mengharapkan sambungan.
“Jadi seorang MATE!” Khairi senyum dan berlalu pergi.
Aku? MATE. Mustahil!
Nota Kaki dan Tangan Penulis:
Satu lagi yang tak boleh nak kawal
waktu menulis; imaginasi. Memang kena
fikir orang ni macam ni dan orang tu
macam tu. Sampaikan kalau nak imagine pun
terpaksa guna nama betul. Jadi, sorry kalau
ada yang dah terasa nama dia ada. Kalau nak minta
tukar cakap. Nama watak utama memang dah
minta kebenaran [rasanya!]. Tapi,
setiap peristiwa yang berlaku memang
tak ada perkaitan dengan yang direaliti.
Kalau adapun sekadar kebetulan semata-mata.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)









2 ulasan:
saya suka the way u put it in ABCD..
and kat bab D ni much better. cuma i think, kalau bab 1-2-3 tu kalau elaborate lebih lagi,means dpd segi feelings Fadzil lepas dia mimpi tu, better kot. macam impak lebih sikit lepas da mimpi..
keep it up dude :))
Catat Ulasan