Yang Pergi Kan Meniti Kembali
Yang Hilang Kan Terbang Pulang...

Selamat Datang ke Blog Novel :

SURAT BUAT BELLE

Semoga anda terhibur!

Isnin, 13 Disember 2010

A : Aku Rindu

1 Februari

Ke hadapan Belle,

 Ini surat Ruru yang ketiga buat Belle. Belle yang Ruru sayangi. Belle yang Ruru rindui. Belle yang telah tiada bersama Ruru sejak tiga bulan lalu. Belle yang pergi tak kembali. Belle yang mungkir pada janji [untuk sehidup dan semati]!

 Tapi Ruru tak marahkan Belle. Sebab Ruru tahu Belle bukan sengaja buat Ruru rindu. Belle bukan sengaja hilang dari sisi. Dan Belle juga bukan sengaja pergi. Cumanya, Yang di Atas lebih sayangkan Belle daripada Ruru walaupun sebenarnya, kasih Ruru pada Belle lebih daripada segalanya. Ruru rindu...

 Belle, 
 Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah cemerlang kita berdua membolehkan dua surat tawaran tiba. Satu di peti surat rumah Ruru [pastinya] dan satu lagi di peti surat rumah Belle. Belle dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Puteri (SSP) di Cyberjaya dan Ruru pula dapat tawaran ke Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) di Hulu Selangor [betul-betul di hulu]. Belle pasti tolak tawaran itu, bukan? Sebab Belle tak boleh pergi...

 Ruru? Ruru tak tahu nak terima atau tidak. Ruru terlampau sayangkan kenangan kita dekat sini. Di Villa Simfoni. Tempat kita sama-sama menyimpan memori. Simfonilah sebab pertama mula kita bersua muka. Ingat lagi?

 Waktu itu Ruru baru sahaja pindah ke Simfoni. Kita berdua baru sahaja berusia empat belas tahun nak masuk lima belas [maksudnya?]. Kali pertama Ruru bersiar-siar ke luar dari rumah. Ke Taman Evergreen. Dan kali pertama itu jugalah entah macam mana, takdir mengisahkan agar hujan turun lebat [bersahut petir] menyimbah bumi Simfoni. Ruru cepat-cepat berteduh dalam gegelung simen biru yang tingginya setengah tinggi Belle. Ruru terpaksa membongkok. Lepas lima minit, hidung Ruru terbau sesuatu. Ruru ingat Ruru mimpi tapi bukan.

 Memang bau Lavender itu bukan sekadar ilusi sebab beberapa saat selepas itu, wajah kita bertentang buat pertama kalinya dan Belle memukau Ruru. Belle datang nak tumpang teduh dan Ruru tak kisah [malah berharap]. Dan selama tiga puluh lima minit awan menurunkan hujan, Ruru langsung tak lepas daripada memandang wajah Belle [Belle tahu itu]. Wajah Belle...

 Sekilas pandang, hati Ruru terketak bergelora sendiri. Sempurna. Bibir Belle yang merekah bak delima dan juga secebis senyuman yang disertai lesung pipit kiri membuatkan Ruru semacam berjumpa dengan bidadari. Tetapi, yang akan Ruru ingat sampai bila-bila adalah mata bundar Belle. Aneh. Biru. Dan sampai sekarang, Ruru tak tahu sama ada Belle pakai contact lens ataupun memang warna mata Belle biru? 

 Walaupun sudah sebenarnya, kurang lebih 12 bulan 12 hari [bukan anggaran] kita berkenalan. Sejak kejadian hujan tu hinggalah ke tarikh saat akhir Belle menghembuskan nafas. Jadi Belle boleh tolong bagitahu Ruru, tentang warna mata Belle? Ruru nak tahu... [Ruru rindu]

p/s: Ini Ruru sertakan dua perenggan daripada lagu Officially Missing You. Lagu yang Ruru dengar waktu tulis surat ini. Rindu Belle [amat] dan ya, waktu sekarang memang hujan. Macam waktu pertama kali kita bertemu...

Ooo can't nobody do it like you
Said every little thing you do
Hey baby say, stays on my mind
And I, I'm officially
It's official
You know that I'm missing you
Oh yea yes, all I hear is raindrops
Ooh yea
And I'm officially missing you

Yang Merindui,
Ruru. 


Tangah Fadzil lenguh. Jarinya diliuk-lentuk. Penat. Fadzil dengar hujan yang turun. Lebat. Dia melepaskan pandangan kornea matanya ke luar melepasi kamar. Menerusi tingkap. Pohon bergoyang melambai sayu ditampar biasan angin Monsun. Tingkap basah kena air. Air melurut ditarik graviti. Persis air yang melurut daripada rambut ikal mayang Belle yang lencun.

Sama. Betul-betul serupa. Macam dulu...

Perlahan-lahan. Surat buat Belle dilipat. Masuk sampul surat. Fadzil letak air pada hujung mulut sampul dan dia kelepetkan bahagian hujung untuk tutup sampul. Fadzil ambil pen dakwat hitam semula buat sekian kalinya. Fadzil [teruskan] menulis dengan jemarinya tetapi dia tegamam [lagi] sendiri melihat bahagian depan sampul itu.

ALAMAT KEPADA: . . .

Terhenti di situ [macam dua surat dulu]... Noktah.



Nota Kaki dan Tangan Penulis:

Cinta datang dan pergi. Jadi, saja je saya tuliskan
tentang cinta seorang kekasih yang telah kehilangan.
Tak mahu cerita panjang, teruskan membaca dan
ye, mata warna biru tu sebab macam jakun
sangat bila pakai contact lense hari tu!
Pinjam je =.=' Sadis sungguh...

1 ulasan:

wanfarabel berkata...

( Ruru & Belle ) nama bekas kekasih yang sangat familiar kat semashur =='

Catat Ulasan

Previous Post Back to Top

Pergilah Sayangku