Yang Pergi Kan Meniti Kembali
Yang Hilang Kan Terbang Pulang...

Selamat Datang ke Blog Novel :

SURAT BUAT BELLE

Semoga anda terhibur!

Isnin, 13 Disember 2010

C : Cerita Baru

 “Kau nak pergi makan tengah hari sama-sama?”


 Huh?


 “Nak join kita orang ke tidak?”

 Fadzil pandang orang yang bertanya. Matanya sekilas menangkap aksara pada tag nama, Danial. Tangannya menunjuk kearah beberapa orang pelajar yang lain. Teman akrab barangkali.

 Oh, patutlah kita orang...

 Mereka sedang memerhati jauh di depan pintu. Ada empat lelaki dan lima orang perempuan. Semuanya tampak macam anak orang kaya. Pakaiannya masih baru walaupun sudah masuk bulan Februari seperti sebulan sekali baju digunakan. Namun, semua itu langsung tidak dapat menarik perhatian Fadzil. Padanya, kekayaan itu hanyalah hasil usaha ibu bapa mereka. Sama seperti Fadzil sendiri.

 Cumanya, Fadzil lebih gemar untuk merendah diri. Bahkan, segala macam keperluan yang diisi pembantu rumah atas arahan ibunya terpaksa dikeluarkan semula mengikut keperluan. Dia tidak mahu barang yang dibawa ke asrama secara berlebihan. Kenapa hendak dibawa sampai tiga pasang kasut sekolah sedangkan satu pun sudah mencukupi? Berjenama Lacoste pula. Tidakkah naya kalau habis disambar orang ketiga-tiga pasang?

 Tapi, itulah sifat ibu yang menyayangi anaknya. Datin Zuraidah sangat mengambil berat tentang anak tunggalnya yang seorang itu. Dialah yang menemani Fadzil di tapak perkuburan Isabelle selama Fadzil rebah mengenang kasihnya. Datin Zuraidah jugalah yang berusaha menyuakan satu dua sudu bubur ayam kerana tidak sanggup melihat Fadzil lapar memerap diri selepas pemergian Isabelle.

 Fadzil aneh sedikit buat sementara waktu. Sesekali, ada antara mereka yang seakan-akan cuba menahan ketawa. Apalah yang lucu sangat soalnya.


 Aku?

 Fadzil geleng kepala menolak pelawaan Danial. Entah kenapa, dia langsung tidak senang hati. Apatah lagi ketika itu fikirannya sedang berserabut. Memikirkan setiap langkah yang diambil atau terambil. Dia sendiri tidak pasti.

 “Suka hati kau lah” Danial senyum sinis dan berlalu menuju ke arah kawan-kawannya.

 Sombongkah aku? Ah, biarkan...

 Fadzil masih lagi di kelas usai pembelajaran Sejarah tadi. Dia yang ditempatkan di tepi tingkap kerap kali mengelamun. Dirinya cukup tertarik dengan sebuah taman yang jelas kelihatan dari tingkat tiga bangunan itu. Taman botani yang dipagari keseluruhannya tapi masih tetap tampak cantik. Semuanya kerana sebab yang satu.

 Ada bunga Belle...

 Bunga biru yang tengahnya berwarna kuning dikelilingi keputihan. Bunga biru yang nampak seperti belukar [tapi seperti padang biru bila banyak macam malam itu] dan daunnya yang berselari sementara setiap bunga pastinya berkelopak lima.  Ya, Fadzil yakin memang bunga itu walaupun hanya nampak samar dari jauh. Dia pasti sebab bunga itu sama seperti dalam mimpinya. Mimpi yang membuatkan dia mengambil satu langkah yang cukup besar. Langkah yang mengubah gaya hidupnya. Langkah yang menyebabkan dia kini di sini.

 Tiba-tiba kedengaran azan berkumandang. Diserukan dari surau lelaki rasanya. Surau yang bersambung susur gajahnya dengan blok D sekolah dan asrama putera [aspura]. Itu kata Akram, kawan angkat Fadzil. Kawan yang sama kelas, rumah sukan bahkan dorm. Kawan angkat yang meninggalkan dia terpinga-pinga selepas selesai urusan penempatannya! Waktu itu, Fadzil tak ubah macam lalang. Bila ke barat, ke baratlah dia. Bila ke timur, timurlah arahnya. Membontot pelajar lain.


 Bersyukur juga kerana ada seorang dua yang membantu dia dalam perjalanan seharian di sekolah berasrama penuh itu pada hari pertamanya, semalam. Akram? Hilang menunaikan urusan lain yang lebih penting daripada urusan Fadzil, mungkin. Biarkan.

 Eh azan!

 Selama itukah lamunan Fadzil? Selama tujuh bacaan yang diulang-ulang mengikut ketetapannya? Lama, cukup lama. Fadzil cepat-cepat mengatur langkahnya ke surau untuk menunaikan kewajipan. Sama macam pelajar lain yang baru tergesa-gesa ke arah surau.



 “Abang Fadzil?”
Fadzil masih lagi di atas katil. Dia memalingkan kepalanya.


 Junior. Huh!


 Budak itu ukir satu senyuman. Berkulit putih. Cukup putih dan berkaca mata. Rambutnya tersiri rapi belah dua.


 Kemas. Nerd...


 “Abang Fadzil dah nak tidur? Tak nak baca Al-Mulk sama-sama?” Dia bersuara lagi. Dia halakan pandangan ke arah sekumpulan pelajar lain yang duduk bersila dalam satu bulatan. Mereka menunggu.

 Al-Mulk?

 Fadzil masih lagi membisu. Dia palingkan badan membelakang. Ditariknya selimut menyelubung sehingga ke kepalanya. Tanda, tak nak. Tak mahu. Tidak.

 Seketika kemudian, kedengaran yang menunggu dengan budak berambut belah dua membaca ayat Al-Quran.

 Ouh. Al-Mulk...

 Dia cuba memejamkan mata. Berharap agar perbuatannya tadi tidak menyebabkan budak berambut belah dua kecil hati. Pertamanya, dia tidak tahu apa itu Al-Mulk. Kedua, dia penat seharian duduk di sekolah berasrama penuh. Ketiga, dia tidak mahu ada sebarang hubungan pun dengan sesiapa. Interaksi akan dikurangkan seminima yang mungkin. Biar dia bersendirian. Sebab dia tak sanggup merasai perasaan yang satu itu.

 Kehilangan.

 Angin segar yang berjaya menerobos Dorm Biruni 1 seakan memanggil Fadzil. Nyaman dan indah yang membuai.

 “Ruru tak bersendirian...”

 Air mata Fadzil bergelinangan.

 Belle.

 Matanya dikatup rapat. Sunyi.



Nota Kaki dan Tangan Penulis:

Memang tak pandai dua perkara dalam menulis.
Masih lagi cuba diimprovasikan. Walau macam manapun,
cuma nak cakap walaupun Fadzil menangis tadi,
tapi dia tak pernah menangis depan orang lain.
Walaupun dekat tapak perkuburan Belle dan
waktu bila-bila pun. Walau depan Datin Zuraidah.
Jadi, jangan anggap Fadzil tu lembik ya!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Previous Post Next Post Back to Top

Pergilah Sayangku